Monday, January 10, 2011

Bunuh Diri di kalangan Muslim - Dalil dan Perbincangan

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat Iman dan Islam serta peluang untuk menambah amal dan beribadat kepada Allah. Solawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, para ahli bait dan para sahabat.
----------------
Kes-kes Bunuh Diri seakan tiada penghujung dan cara penyelesaian. Jika dahulu kita mendengar banyak kes-kes sebegini di kalangan rakyat Jepun, Korea, India, tapi sekarang kes Bunuh Diri seolah menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia Muslim.

Baru-baru ini saya telah mengendalikan satu kes bunuh diri-- Muslim. Dia bunuh diri dengan cara gantung diri. Sepanjang pemerhatian saya, lelaki ni sangat mengambil berat terhadap keluarganya, hardworking dengan melakukan kerja-kerja partime untuk menaiktarafkan kehidupan sekeluarganya, baik percakapannya dan menghormati orang lain. Kehidupan agamanya tak pasti, tetapi saya pernah jugak jumpa dia bersolat di masjid time Jumaat. Si lelaki ni baru umur 20-an, meninggalkan seorang isteri dan anak kembar 2 orang, prasekolah.

Beberapa bulan sebelum kejadian ni, saya juga dikejutkan oleh seorang kakitangan awam--Muslim yang bunuh diri dengan cara yang sama di kawasan ini.  

Kita dapat lihat kes-kes bunuh diri di kalangan Muslim di Malaysia semakin berleluasa. Mungkin keadaan masyarakat Muslim di Malaysia sekarang terlalu kurang dalam mengikuti kelas -kelas pengajian agama dan membaca Al-Quran, Hadis-hadis dan bahan-bahan Islami. Hal ini menjadikan kita tidak berfikir panjang dan hilangnya rasa takut akan azab Allah. 

Berikutan kes bunuh diri yang saya alami, beberapa orang ahli agama saling berbalah tentang cara pengurusan jenazah si mati. Sebagai orang awam apabila berlaku perbalahan antara ahli agama, kita jadi tersepit dengan keputusan yang tidak seragam dikeluarkan oleh ahli agama. Pendapat saya, kan bagus jika perbincangan mendalam dibuat secara sulit dan seterusnya setiap keputusan barulah dihebahkan kepada orang awam... 

Setelah membaca serba sedikit dan menyelak web-web lain, saya jumpa dalil-dalil berkisar tentang membunuh diri:

a) “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (An-Nisa’ : 29)

b) “Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur’an).” (QS. Al-Kahfi ; 6)

c) Hadits 86. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”
    
d) Hadits 88. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, katanya Nabi saw., sabdanya : “Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta maupun sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. “Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula.”
  
e) Hadits 89. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya : “Kami ikut perang bersama-sama Rasulullah saw., dalam perang Hunain. Rasulullah saw., berkata kepada seorang laki-laki yang mengaku Islam, “Orang ini penghuni neraka.” Ketika kami berperang, orang itu pun ikut berperang dengan gagah berani, sehingga dia terluka. Maka dilaporkan orang hal itu kepada Rasulullah saw., katanya “Orang yang tadi anda katakan penghuni neraka, ternyata dia berperang dengan gagah berani dan sekarang dia tewas.” Jawab Nabi saw., “Dia ke neraka.” Hampir saja sebahagian kaum muslimin menjadi ragu-ragu. Ketika mereka sedang dalam keadaan demikian, tiba-tiba diterima berita bahwa dia belum mati, tetapi luka parah. Apabila malam telah tiba, orang itu tidak sabar menahan sakit karena lukanya itu. Lalu dia bunuh diri. Peristiwa itu dilaporkan orang pula kepada Nabi saw. Nabi saw., bersabda, : “Kemudian beliau memerintahkan Bilal supaya menyiarkan kepada orang banyak, bahwa tidak akan dapat masuk surga melainkan orang muslim (orang yang tunduk patuh).

f) Hadits 90. (Shahih Muslim) Dari Syaiban ra., katanya dia mendengar Hasan ra, bercerita : “Masa dulu, ada seorang laki-laki keluar bisul. Ketika ia tidak dapat lagi menahan sakit, ditusuknya bisulnya itu dengan anak panah, menyebabkan darah banyak keluar sehingga ia meninggal. Lalu Tuhanmu berfirman : Aku haramkan baginya surga.” (Karena dia sengaja bunuh diri.) Kemudian Hasan menunjuk ke masjid sambil berkata, “Demi Allah! Jundab menyampaikan hadits itu kepadaku dari Rasulullah saw., di dalam masjid ini.”

Jadi jenayah membunuh diri adalah salah satu dosa besar. Akan tetapi, dosa yang paling besar dan tidak diampunkan Allah ialah dosa mensyirikkan Allah. Selaras dengan ayat  di bawah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa saja yang dikehendaki- Nya”. (QS. An Nisa’: 48)

Dan Bunuh Diri bukan lah dikategorikan sebagai mensyirikkan Allah. Hukuman Akhirat terhadap orang yang melakukan jenayah ini adalah tertakluk atas kehendak dan rahmat Allah. Berikut hadis menegaskan semua Mu'min yang memiliki Iman walaupun sekecil sebutir biji sawi akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga selepas menerima balasan atas apa yang dilakukan di dunia. Begitu besarnya rahmat Allah kepada hamba-Nya. 

Hadis 21. (Shahih Bukhari) Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Nabi Muhammad Saw. Pernah bersabda, “ketika ahli (penghuni) surga akan memasuki surga dan ahli neraka akan masuk ke neraka, Allah SWT akan memerintahkan mereka yang memiliki iman meskipun berat timbangannya sama dengan sebutir biji sawi agar dikeluarkan dari neraka. Begitulah mereka akan dikeluarkan dari neraka sedangkan tubuh mereka telah menjadi hitam kelam. Setelah itu mereka akan ditempatkan di sungai Haya atau Hayat (perawi hadis ini ragu mana diantara dua kata itu yang benar), dan mereka akan dihidupkan kembali seperti sebutir padi yang tumbuh di pinggir sungai. Tidakkah engkau lihat butir padi itu tumbuh menguning?”

Hadis di bawah pulak menggambarkan tentang keampunan Allah atas dosa besar yang dilakukan oleh hamba-Nya adalah tertakluk pada kehendak dan Rahmat Allah.

Hadis 211. (Shahih Muslim) Jabir meriwayatkan bahawa Al-Tufail bin Amru Al-Dausi datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: Adakah anda memerlukan perlindungan yang teguh dan kuat, ya Rasulullah? Suku kaum Daus adalah suku kaum yang kuat pada zaman sebelum Islam. Baginda Rasulullah menolak tawaran Tufail kerana privilage untuk melindungi Rasulullah telah ditentukan kepada suku kaum Ansar. Apabila Rasullullah SAW berhijrah ke Madinah, Al-Tufail bin Amru jugak turut serta berhijrah ke Madinah dan bersama-samanya seorang lelaki dari suku kaum Daus. Akan tetapi lelaki tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sana dan jatuh sakit. Lalu lelaki tersebut memotong jarinya ( Finger-joint) dengan menggunakan bahagian besi anak panah. Darah mengalir keluar dari tangannya sehinggalah lelaki tersebut meninggal. Al-Tufail bin Amru bermimpi melihat lelaki tersebut dalam keadaan baik dan cantik dengan bahagian tangannya berbalut.  Al-Tufail bin Amru bertanya " Apakah yang Allah lakukan ke atas kamu? " . Lelaki tersebut menjawab " Allah mengampunkan aku disebabkan Hijrah yang yang aku lakukan bersama-sama Rasullullah SAW". Al-Tufail bin Amru bertanya lagi " Kenapa aku melihat tangan kamu berbalut?". Lelaki tersebut menjawab : Aku telah diberitahu oleh Allah " Kami tidak memperbaiki apa yang kamu sendiri rosakkan" . Al-Tufail bin Amru kemudian menceritakan mimpi beliau kepada Rasulullah SAW lalu Baginda berdoa supaya diampunkan sekalipun untuk tangannya. 

Imam Nawawi dalam syarah Muslim mengatakan:
- Hadis  ini menjadi hujah kepada satu kaedah besar bagi Ahli Sunnah bahawa sesiapa yg membunuh diri atau melakukan dosa besar, lalu mati tanpa bertaubat, dia berada di bawah kehendak Allah, dan tidak boleh diputuskan ia akan masuk neraka.
- Hadis ini adalah penerangan kepada hadis-hadis lain yg pada zahirnya menunjukkan org yg bunuh diri, atau membuat dosa besar masuk neraka selama-lamanya.

Semoga sedikit hadis dan tulisan ini menjadi pengajaran, panduan kepada kita untuk lebih berTaqwa kepada Allah. Setiap ulasan, komen, pembetulan dialu-alukan. Wallahu'lam. Allah Maha Mengetahui


Rujukan:

1) http://ahadith.co.uk/ 
2) http://islamqa.com/en/
3) http://www.islamicemirate.com/fiqh-jurisprudence/death/2664-suicide-major-sin-or-outright-disbelief.html
4) http://sites.google.com/site/hukumjenayah/mati-bunuh-diri
5) http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/hadis_muslim01.html

No comments:

Post a Comment